Kisah Nabi Adam
Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. ” (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat
perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi
khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah
dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok
ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang
mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia
sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan
perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan
Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu
Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: “Apakah ia
sebagai nabi yang diutus?” Beliau menjawab: “Benar.” Beliau ditanya:
“Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?”
Beliau menjawab: “Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya.”
Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:
“Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’ Mereka berkata:
‘Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan
membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?’
Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'” (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan
dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam.
Dalam tafsir al-Manar disebutkan: “Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk
ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di
lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi
dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping
itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat
yang kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan dari mereka.
Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para malaikat-Nya.
Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada sesuatu
yang lain.”
Sedangkan
dalam tafsir al-Jami’ li Ahkamil Qur’an disebutkan: “Sesungguhnya
Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa jika Dia
menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan
menumpahkan darah.” Ketika Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, ” (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka
bertanya: “Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada
kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan
darah, ataukah khalifah selainnya?” Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur’an
disebutkan:
“Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang suci yang tidak
membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka mengira bahawa
tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud. Puncak
ini terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya
menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau
apa pun juga.”
Kita
melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat,
lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing
dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut
disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang
kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT berfirman:
“Kemudian
Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia
berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut
perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.’ Keduanya menjawab: ‘Kami
datang dengan suka hati.'” (QS. Fushshilat: 11)
Apakah
seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan
bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini
di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi
sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan
gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan
maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi
Adam mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita
membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam,
Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka
bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau
bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian
itu. Allah SWT memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan
seorang hamba di muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan mempunyai
keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka akan membuat kerosakan di muka
bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu para malaikat yang suci
mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah
dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan
termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah
dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk
mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan
mereka tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang
pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera
menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa mereka
menjadi yakin dan berserah diri. Firman-Nya:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat
tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu
para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini
kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog
antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap
Allah dan penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini
bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri berkenaan dengan
keinginan mereka untuk mengembang khilafah di muka bumi, kemudian Allah
SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan disiapkan untuk hal
tersebut.
Sesungguhnya
tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia
di alam wujud, namun khilafah di muka bumi bukan hanya dilakukan dengan
hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu karakter yang haus
akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau
kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para malaikat setelah
diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini layak bagi para
malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun. Sebab,
meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka
terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak
menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka
tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta
alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang
tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu.
Setelah
beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah
ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih
dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan
makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan
membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi ciptaan baru dan
keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak ada
seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu
Abbas membaca ayat tersebut: “Liya’rifuun” (agar mereka mengenal Aku).
Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali
pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah
apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: “Dialog yang terdapat
dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di
mana Dia menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan,
pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut.
Tetapi kita mengetahui bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana
lazimnya yang dilakukan oleh sesama kita, manusia.”
Para
malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka
bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara
terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari
tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di
dalamnya, para malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus difahami
bahawa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah,
kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
“Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku akan
menciptakan manusia dari tanah.’ Maka apabila telah Kusempurnakan
kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu
bersyukur dengan bersujud kepadanya. ‘ Lalu seluruh malikat itu
bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia
termasuk orang-orang yang kafir. ” (QS. Shad: 71-74)
Allah
SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang
berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu,
manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan
air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam
yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam.
Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya
di dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan
mulai ada di dalamnya.
Selanjutnya,
Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat semuanya
bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi
Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak
mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan
berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari kelompok jin. Allah
SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam
pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
“Allah
berfirman: ‘Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang
telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan
diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? ‘Iblis
berkata: ‘Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari
api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.’ Allah berfirman: ‘Maka
keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang
terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.’
Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka
dibangkitkan.’ Allah berfirman: ‘Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang
yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya
(hari kiamat).’ Iblis menjawab: ‘Demi kekuasaan-Mu, aku akan
menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara
mereka.'” (QS. Shad: 75-83)
Nabi
Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan
suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta
kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya dengan
memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam juga merasa
takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan mengusirnya dari
pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika melihat makhluk ini
yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu
membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada
bukti yang menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik
dibandingkan dengan yang lain.
Kemudian
alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik
dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini
berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan
mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakai atribut keburukan
dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar
mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun
Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang
ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati.
Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah
mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh
abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang
Allah SWT.
Barangkali
ada seseorang yang bertanya kepada saya: “Mengapa Anda tidak meyakini
terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda
cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima
adanya dialog antara Allah dan iblis.” Saya jawab: “Sesungguhnya akal
menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara
Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana para
malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi
yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter penciptaan mereka,
mereka adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia terikat dan
tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin mendekati
karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat
beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama
mereka dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu oleh
kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah.
Maka dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di sini bererti kebebasan.
Tabiat manusia dan jin cenderung untuk menggunakan kebebasannya,
sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi
Adam menyaksikan secara langsung – setelah penciptaannya – kadar
kebebasan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena
tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung
maksud yang dalam.
Allah
SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis.
Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis
benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui
bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan akan
menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya
menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada
makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada
mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak
perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa keingkaran
orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak
bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya, keimanan
orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti
menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada mereka.
Adam
menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan
yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan
yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu. Setelah mempelajari
pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari pelajaran kedua dari Allah
SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah simbol
kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para malaikat
adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya saat itu.
Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya, hikmah
penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. ” (QS. al-Baqarah: 31)
Allah
SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam
simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan
benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan, dan
seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang di
maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT
menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan
yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali
ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah
tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik
penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari
nama benda-benda; kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT
menunjukkan benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berkata:
“Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. ” (QS. al-Baqarah: 31)
Yang
dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para
malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada
mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di
hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda
tersebut atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para
malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan
mereka:
“Maha Suci Engkau.” (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
“Tidak
ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada
Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.” (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:
“Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.” (QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian
Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan
kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:
“Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya,
kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman:
‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang
orang-orang yang benar.’ Mereka menjawab:
‘Maha
Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah
Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: ‘Hai Adam, beritahukanlah kepada
mereka nama-nama benda ini.’ Maka setelah diberitahukannya kepada
mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman: ‘Bukankah sudah Kukatakan
kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi
dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan?'”(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah
SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui
kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang
penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang
mereka sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui kemaksiatan dan
pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.
Para
malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui
sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia.
Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk
bersujud kepadanya sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya
sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia akan menguasainya dan
memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Yaitu, pengetahuan
terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau iman.
Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi dan
pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan
ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah
hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud
kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal
Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia
berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana
burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap kali ia terbang
sayap yang lain mencegahnya.
Nabi
Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama
para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada
Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur
dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata
yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah
dialog di antara mereka:
Adam
berkata: “Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur.” Perempuan
itu menjawab: “Ya.” Adam berkata: “Kalau begitu, kamu datang di
tengah-tengah tidurku?” Ia menjawab: ‘Ya.” Adam bertanya: “Dari mana
kamu datang?” Ia menjawab: “Aku datang dari dirimu. Allah SWT
menciptakan aku darimu saat kamu tidur.” Adam bertanya: “Mengapa Allah
menciptakan kamu?” Ia menjawab: “Agar engkau merasa tenteram denganku.”
Adam berkata: “Segala puji bagi Allah. Aku memang merasakan kesepian.”
Para
malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab:
“Namanya Hawa.” Mereka bertanya: “Mengapa engkau menamakannya Hawa,
wahai Adam?” Adam berkata: “kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam
keadaan hidup.”
Nabi
Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi
pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang
diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya. Allah
SWT berfirman:
“Dan
Kami berfirman: ‘Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini,
dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja
yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan
kamu termasuk orang-orang yang zalim.'” (QS. al- Baqarah: 35)
Kita
tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan
tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu.
Sebahagian mereka berkata: “Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh
manusia (jannah al-Ma’wa) dan tempatnya di langit.” Namun sebahagian
lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma’wa
maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan
di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: “Ia adalah syurga yang lain,
yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa.” Bahkan ada juga yang
berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang
terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain
menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan
menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat
dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan
dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang
dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi
Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan
kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami
pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di
syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam
mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di
syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak
menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk,
tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam
akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah
mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati
segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia adalah pohon
penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada mereka
sebelum memasuki syurga:
“Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'” (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi
Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu
dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai
manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka
iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala
kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha
membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah
aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak
akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan
terjadi seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar
pohon keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam
kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam syurga.
Berlalulah
waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian
pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa
bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya.
Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam
menghulurkan tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan
kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah
terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
“Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia.” (QS. Thaha: 121)
Tidak
benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa
menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap
pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut
Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi.
Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana
kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia, dan yang lain
ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan.
Belum
selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan
penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya
dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia
mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya,
ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang
wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup
tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah
agar mereka turun dari syurga.
Nabi
Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam
dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis.
kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat
mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah
tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di
atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah
SWT berfirman:
“Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. ” (QS. al-A’raf: 25)
Kemudian
Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh
Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia
darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
“Dan
Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa
(akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.
Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: ‘Sujudlah kamu
kepada Adam,’ maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka
Kami berkata: “Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu
dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan
kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.
Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan
telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak
pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.’ Kemudian setan
membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: ‘Hai Adam, mahukah
saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan
binasa ?’ Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah
bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan
daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia.
Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya
petunjuk. Allah berfirman: ‘Turunlah kamu berdua dari syurga
bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain.
Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang
mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'”
(QS. Thaha: 115-123)
Sebahagian
orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana
kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar
kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata
kepada malaikat: “Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di
muka bumi.” Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya aku
akan menjadikan khalifah di syurga.”
Tidaklah
turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia
merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi.
Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu,
dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui
bahawa setan akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar
penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan
Hawa mengetahui – begitu juga keturunan mereka – bahawa setan telah
mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju
syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan
pada setan.
Apakah
dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan
bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan
sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya
anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi
Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang
tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah tersebut
sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang
dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya
yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui
apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya
sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan
kekuatan yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang
akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar
terjadi. Allah SWT memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan
semua makhluk-Nya. Yang demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang
tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya.
Nabi
Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah
musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia
kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah
SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan
menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia
memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan
memilih. Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar dan mengucapkan:
“Ya
Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau
tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah
pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (QS. al- A’raf: 23)
Allah
SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi.
Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi
Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian
ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan
cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya
dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah.
Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan di
sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan
kenabian mereka.
Nabi
Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari
syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana
ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus
melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi
isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di
bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan
pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari
syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan
kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim.
Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak
akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah
SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa
yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka
ia akan bersamanya di neraka.
Nabi
Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan
menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat
meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi,
yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan
membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga
mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik. Hawa
melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan
pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka
dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan
anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi
besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi
Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan
kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu
iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di
muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya
sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya yang baik. Allah
berfirman:
“Ceritakanlah
kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah
dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari
yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan
bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk
dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk
menghadirkan korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang
dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah satu dari mereka dan
menolak korban yang lain:
“Ia
(Qabil) berkata: ‘Aku pasti membunuhmu.’ Berkata Habil: ‘Sesungguhnya
Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh
kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku
sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu.
Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS.
al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah
bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang
diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia
menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si
pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam, namun calon korban
pembunuhan itu berkata dengan tenang:
Sesungguhnya
aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu
sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian
itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. ” (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah
percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan
anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik
itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu,
keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya
ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang berserakan di
tanah. Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara
kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan
menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu tampak
pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun.
Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga
tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa
saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan
korban dengan tenang dan tampak pucat wajahnya.
Rasulullah
saw bersabda: “Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka
anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang
pertama kali mengajarkan pembunuhan.” Si pembunuh terduduk di depan
saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya
terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal
itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu
mengapa ia kembali sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan
terhadap saudaranya itu di depan ayahnya, maka di manakah ia dapat
menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya
yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi
sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang mati.
Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba
keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia
merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung
gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung
gagak yang hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah
lalu ia mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya.
Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan meletakkannya dengan
lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya di atas tanah. Setelah
itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si pembunuh berdiri dan
ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan kemudian
berteriak:
“Berkata
Qabil: ‘Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti
burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?” (QS.
al-Maidah: 31)
Ia
mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah
dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah
orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh orang yang
paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu dan iblis
berhasil “mencuri” seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si
pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali kuburan
saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:
“Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata.” (QS. al-Qashash: 15)
Nabi
Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya.
Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi
Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani
kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan
mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan
cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau
menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta kepada mereka
agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman pribadinya
bersama iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama
anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya sendiri.
Nabi
Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti
sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di
atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun
pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati
danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan ketika pohon itu
menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai berjatuhan di antara
cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon itu sedang menarik
dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu sedih dan
dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa
bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam
sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak
lebih pucat dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa
Nabi Adam akan mati.
Kamar
yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan
janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur
dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di
sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan
memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan bagi
manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat menenangkannya.
Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu adalah
kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi
Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan
manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para
nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu
memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang
berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu hal, yaitu
mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah
wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup
kedua matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya.
Had Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan kata salam yang dalam, dan
rohnya mencium bau bunga syurga.
Kisah Habil dan Qabil Anak Nabi Adam AS
Tatacara
hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna
tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi
benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.
Siti
Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan
adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul
pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama
“Lubuda”.
Kedua
orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera
puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita
apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya.
Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan
anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan
menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.
Di
bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka
membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa
kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan
kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus
hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi
jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang
perternakan.
Penghidupan
sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi
rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati
masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah
terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan
anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara
berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat
menghormati dan bergotong-royong.
Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja
Keempat
putera-puteri Adam mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh
di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin
makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana
menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan
nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan
menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.
Kepada
Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya
dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang
bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.
Cara
yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah
disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus
dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana
damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. Akan
tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu
ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu
mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda
adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat
bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai
isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh
Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita
selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus
kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya
nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga
dan sesama suku.
Kerana
Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan
meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka
Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang
dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana
damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar
menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya.
Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus
menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di
antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad
menentukan pilihan jodohnya.
Qabil
dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh
ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil
datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya
yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil
dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya
menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.
Kemudian
dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti
dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua
korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit
menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah
ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh
sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.
Maka
dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu
karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang
mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis
saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.
Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia
Dengan
telah jalurnya keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan
menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan
Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk
menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah
sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala
ketiadaan ayahnya.
Ketika
Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan
rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar
menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia
berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga
terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan
suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan
intim.
Qabil
menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha
sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan
sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik
dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari
mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi
kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan
rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.
Tidak
lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui
Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:”Aku datang ke
mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau
dari atas bumi ini.”
“Apa salahku?”tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?”
Qabil
berkata:”Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku
ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang
cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan
tidak mempunyai gaya yang menarik itu.”
Habil
berkata:”Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan
menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang
diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah
tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan
syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat
perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari
orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari
hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa
korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang
telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan
dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan
kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari
perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan
tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.
Renungkanlah,
wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang
telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan
turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau
tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat
tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan
melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku.”
Nasihat
dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk
telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai
menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati
sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang
kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak
diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali
tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api
dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali
oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu
bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan
seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh
yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia
tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan
saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam
sejarah manusia
Penguburan Jenazah Habil
Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia
tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang
semakin lama semakin busuk itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah
peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan
sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh
jenazah Habil yang sudah busuk itu.
Kebingungan
dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu
contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus
menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah
s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat
mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian
rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung
gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak
lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah
digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan
pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil
sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:”Alangkah bodohnya aku,
tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti
caranya menguburkan mayat saudaraku ini?”
Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia
tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang
berkumpul.Bertanyalah ia kepada Qabil:”Di manakah Habil berada?Aku
tidak melihatnya sejak aku pulang.”
Qabil menjawab:”Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi.”
Melihat
sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka
bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh,
bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia
sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana
rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan
sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.
Menghadapi
musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya
sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan
keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi
puteranya Qabil.
Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran
Dan
bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang
anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu
ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk
mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di
antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).
Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab:
“Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
(Al-Maidah 5:27)
Maka
nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh
saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan
orang-orang yang rugi .(Al-Maidah 5:30)
Kemudian
Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di
bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat
saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta
bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya
aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”. Kerana itu menjadilah ia dari
golongan orang-orang yang menyesal. (Al-Maidah 5:31)
Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam a.s.
Bahawasanya
Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya
dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur
atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang
masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan
yang halal.Jika korban itu
berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi
penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih
segar baik dan belum rusak atau busuk.
Bahawasanya
penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara
penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah
cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang
dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk
lainnya, menurut firman Allah dalam surah “Al-Isra” ayat 70 yang
bererti ; “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami
beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan
kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami
ciptakan.”